Berita

SEMSAS dipilih sebagai “SEKOLAH ANGKAT” Malaysia Airlines System

Berita & Foto : Tahir

 

Kuantan, 25 Februari 2014. Satu majlis pelancaran dan memeterai SEMSAS sebagai “SEKOLAH ANGKAT” Program Pintar Malaysian Airlines System (MAS) telah diadakan di Bilik Gerakan Sekolah, SEMSAS jam 11.30 pagi tadi. Pihak MAS telah diwakili oleh Naib Presiden Kanan, Komunikasi Strategik, YH Dato’ Najmuddin bin Abdullah (EXSAS 86) manakala Pengetua SEMSAS, Tuan Hj Azhari bin Tauhid telah mewakili pihak sekolah.

Bermula daripada lawatan pelajar SEMSAS ke Pusat Latihan MAS, Kelana Jaya pada tahun lepas anjuran EXSAS@Kuantan, pihak MAS telah mengadakan beberapa perbincangan dengan pihak sekolah, EXSAS dan PIBG  SEMSAS bagi menjayakan program di atas.

Program Pintar MAS telah dimulakan pada tahun 2007 sebagai program “CSR” syarikat penerbangan kebangsaan tersebut. Bermula daripada tahun 2014, pihak MAS membuat keputusan untuk memilih empat buah sekolah sahaja sebagai “sekolah angkat” mereka. Pemilihan ini dibuat berdasarkan beberapa kriteria dan sebuah sekolah sahaja dipilih bagi setiap zon iaitu utara, tengah, selatan dan timur.

Pemilihan “sekolah angkat” Program Pintar MAS ialah untuk tempoh tiga tahun. Diantara program yang telah dirancang untuk tahun ini ialah “Perkampungan Ilmu” dan “Minggu Kerjaya”. Program “Perkampungan Ilmu” akan diadakan di SEMSAS sekitar bulan Jun nanti. Pelajar-pelajar terpilih daripada setiap “sekolah angkat” MAS akan dikumpulkan di SEMSAS untuk beberapa hari. Berbagai aktiviti akan diadakan pada minggu tersebut untuk memberi pendedahan yang bermanfaat kepada pelajar. Program “Minggu Kerjaya” pula akan turut melibatkan beberapa “GLC”  seperti Maybank, Perbadanan Nasional Berhad  dan lain-lain.

Akhir kata, tahniah diucapkan kepada SEMSAS. Jutaan penghargaan diberikan kepada mereka yang telah berusaha terutamanya Dato’ Najmuddin Abdullah, Bahagian Komunikasi Strategik dan Perhubungan Awam MAS, pihak SEMSAS, EXSAS@Kuantan dan PIBG SEMSAS.

 Sdr Ahmad Shah Azman Shah - Licensed Aircraft Engineer (Exsas2000)

Alamat Sekolah

SM Sains Sultan Haji Ahmad Shah (SEMSAS)
KM12, Jalan Gambang
25150 Kuantan, Pahang Darul Makmur

  • dummy+609 538 1223

  • dummy+609 538 4407

  • dummy info@semsas.edu.my

Jumlah Pengunjung

000933057
Malaysia 66% Malaysia
United States 26% United States
South Korea 2% South Korea

Total:

35

Countries

Search