Visi
Melahirkan insan yang hidup berjasa serta menjadi pemimpin bertaraf dunia
Misi
- Menyerlahkan potensi pelajar dalam bidang akademik, kokurikulum, sahsiah, kepimpinan, penampilan diri dan kemahiran interpersonal.
- Mempertingkatkan amalan nilai-nilai murni berteraskan agama untuk dibudayakan dalam kehidupan warga sekolah.
- Mempertingkatkan kualiti pelajar yang celik Teknologi Maklumat (ICT), mempunyai pemikiran kreatif, inovatif dan berdaya saing serta mampu memperkembangkan potensi diri dalam pelbagai bidang
Moto Sekolah
‘HIDUP BERJASA’
Kebahagiaan dalam hidup akan lebih bermakna jika seseorang itu dapat HIDUP BERJASA. Sekolah ini adalah pusat pembinaan individu yang menyeluruh. Individu yang mampu mengkaji, menyelidik dan menyebarkan ilmu yang diperolehi untuk kesejahteraan negara, bangsa dan agama.