Sejarah SEMSAS

Sekolah Menengah Sains Sultan Haji Ahmad Shah (SEMSAS) terletak di Km 12 Jalan Gambang, Kuantan, Pahang merupakan salah sebuah Sekolah Berasrama Penuh di Malaysia. Nama asal sekolah ini ialah Sekolah Menengah Sains Pahang.

Pada peringkat awal penubuhannya, sekolah ini menumpang sementara di bangunan Sekolah Menengah Abu Bakar, Temerloh. Kumpulan pertama ialah 11 orang guru 3 orang kakitangan dan pelajar tingkatan satu seramai 219 orang (terdiri dari pelajar aliran Melayu dan aliran Inggeris). Pengetua pertamanya ialah Encik Abdul Rahim bin Abdul Hamid. Beliau merupakan pengetua paling lama bertugas di sekolah ini iaitu dari 16 Disember 1972 hingga 31 Disember 1982. Sekolah ini telah berpindah ke bangunan kekalnya di Kuantan pada 8 Januari 1974. Pada tahun berkenaan pengambilan pelajar tingkatan empat dimulakan. Pembukaan sekolah ini telah dilakukan oleh KDYMM Sultan Haji Ahmad Shah Al Musta’in Billah Ibni Almarhum Sultan Abu Bakar Ri’ayatuddin Al Muadzam Shah, Sultan Pahang pada 22 Julai 1976. Sempena perasmiannya, nama sekolah ini telah ditukar kepada Sekolah Menengah Sains Sultan Haji Ahmad Shah, Kuantan, Pahang.

Matlamat utama penubuhan sekolah ini ialah untuk menempatkan para pelajar  lulusan peringkat sekolah rendah dari luar bandar mempelajari mata pelajaran sains  dengan kemudahan yang serba lengkap. Dengan kawasan seluas 18 ekar  serta pelbagai kemudahan  fizikal, disamping pembangunan dan pengubahsuaian yang dilakukan dari semasa ke semasa, sekolah ini telah dapat meningkatkan mutu pencapaian seluruh pelajarnya dalam bidang kurikulum, kokurikulum dan sahsiah.

SEMSAS sentiasa peka dan prihatin terhadap sebarang usaha untuk menjadikannya pusat pendidikan yang unggul  bukan sahaja di pantai  timur malah di peringkat kebangsaan. Bagi memastikan cita-cita dan matlamat untuk melahirkan pelajar yang berketrampilan dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek akan terlaksana, SEMSAS dengan kerjasama semua pihak sentiasa menganalisis dan mengkaji program-program yang direncana supaya dapat menjana hasil optimum.

Sejajar dengan perkembangan semasa, SEMSAS telah menjadi sebuah SEKOLAH BESTARI mulai 1 Januari 1999 dan SEKOLAH KLUSTER KECEMERLANGAN pada tahun 2012.

Alamat Sekolah

SM Sains Sultan Haji Ahmad Shah (SEMSAS)
KM12, Jalan Gambang
25150 Kuantan, Pahang Darul Makmur

  • dummy+609 538 1223

  • dummy+609 538 4407

  • dummy info@semsas.edu.my

Jumlah Pengunjung

000932600
Malaysia 64% Malaysia
United States 27% United States
South Korea 2% South Korea

Total:

35

Countries

Search