Berita

SEMSAS Juara - Kriket SBP Zon Timur Piala Tan Sri Hamzah Abu Samah 2014

Pasukan Kriket Semsas dibawah kendalian Cikgu Borhan dan Cikgu Abd Karim telah berjaya muncul sebagai Johan pada kejohanan Kriket SBP Zon Timur Piala Tan Sri Hamzah Abu Samah yang telah berlangsung pada 25 Februari hingga 1 Mac yang lepas di SM Sains Dungun, Terengganu. Manakala Cikgu Syed Ali Maher yang juga merupakan bekas pelajar dan guru Semsas, telah meneruskan tugas sebagai jurulatih pasukan.

Pada peringkat kumpulan, pasukan Semsas telah membelasah SAHUT dengan 167 - 31 dan juga tuan rumah Semerdu dengan mata 156 - 70.

Semsas layak ke suku akhir menentang Sains Setiu. Perlawanan sengit sekali lagi telah memihak kepada Semsas selepas berjaya menewaskan Sains Setiu dengan 67 - 68, Pass Score Over ke 8.

Pada peringkat separuh akhir, Semsas berdepan dengan pasukan kuat, SESMA. Berbekalkan semangat juang yang tinggi Semsas berjaya ke perlawanan akhir selepas menundukkan SESMA dengan Pass Score pada Over ke 5 (58-56).

Kemaraan dan kekuatan pasukan Semsas pada edisi kali ini bagaikan tidak dapat dihalang lagi. Mereka telah muncul sebagai Johan selepas menang mudah keatas INSTAR dengan 109 - 59.

Dengan itu, Semsas telah layak bermain diperingkat kebangsaan yang dijadualkan berlangsung pada 9 - 13 April 2014 bertempat di SM Sains Banting. 

Pada majlis penyampaian hadiah kepada pemenang, Mohd Aiman Basid telah dipilih sebagai 'Best Wicketkeeper' manakala Mohd Safuan telah dipilih sebagai 'Man of The Match'.

Tahniah kepada Pasukan Kriket SEMSAS

Lagi foto DISINI

 

Mohd Aiman Basid - 'Best Wicketkeeper'

 

Mohd Safuan - 'Man of The Match'.

 

En Abd Karim - Pengurus pasukan

 

EXSAS yg hadir : Syed Ali MAher (83), Jibek13, Saddam12 & Mat Dhab91

Alamat Sekolah

SM Sains Sultan Haji Ahmad Shah (SEMSAS)
KM12, Jalan Gambang
25150 Kuantan, Pahang Darul Makmur

  • dummy+609 538 1223

  • dummy+609 538 4407

  • dummy info@semsas.edu.my

Jumlah Pengunjung

000933035
Malaysia 65% Malaysia
United States 26% United States
South Korea 2% South Korea

Total:

35

Countries

Search