Berita

Kemenjadian Pelajar SEMSAS

Minggu yang sibuk ( 10-21 April 2019) tidak menghalang pelajar semsas untuk menyertai pelbagai aktiviti dan meraih pelbagai kejayaan. Antara kejayaan yang berjaya dilakar oleh pasukan semsas ialah:

  1. Malaysia International Young Inventors Olympiad (MIYIO 2019) 12-14 April 2019. Wakil SEMSAS telah berjaya merangkul 1 emas.
  2. Pertandingan Kriket Inter SBP 2019 pada 13 – 14 April 2019 bertempat di INSTAR, Pekan. SEMSAS muncul sebagai johan bersama SEMESTA dan layak ke peringkat Kebangsaan pada Julai 2019.
  3. Olahraga MSSP  2019. Seorang pelajar SEMSAS iaitu Safiuddin Pujiasto tingkatan 3 telah menyertai acara rejam lembing dan berjaya merangkul gangsa.
  4. Ragbi MSSD peringkat akhir pada 17 April 2019 . Pasukan SEMSAS Eagles muncul johan dan telah berjaya menewaskan KV Kuantan. Seramai 15 orang pelajar SEMSAS telah terpilih untuk mewakili Kuantan ke peringkat MSSP yang berlangsung di Kuala Lipis pada 22 - 25 April 2019.
  5. Malaysian Brain Bee Challenge . Nurul Nazurah layak ke peringkat kebangsaan pada tahun 2020.
  6. Perkhemahan Perdana KRS dan Sijil Pertaulihan Kenaikan Pangkat KRS berlangsung pada 16 - 18 April 2019 bertempat di Pusat Kokurikulum Sultan Haji Ahmad Shah - Kuantan, Pahang.
  7. Perkhemahan Pengakap Wanita Peringkat Kebangsaan  berlangsung di Kem Telaga Batin, Kuala Nerus Terengganu pada 18 – 22 April 2019. Aktiviti ini disertai oleh 4 orang pelajar SEMSAS.

 

  1. International Festival of Innovation of Green Technology (i-Finog) 2019 pada 20-21 April 2019 di UMP Kampus Gambang, Kuantan. SEMSAS telah menghantar 6 Penyertaan dan berjaya meraih 3 Emas 2 Perak dan 1 Gangsa.

Klik di sini untuk gambar penyampaian hadiah

Alamat Sekolah

SM Sains Sultan Haji Ahmad Shah (SEMSAS)
KM12, Jalan Gambang
25150 Kuantan, Pahang Darul Makmur

  • dummy+609 538 1223

  • dummy+609 538 4407

  • dummy info@semsas.edu.my

Jumlah Pengunjung

000933064
Malaysia 66% Malaysia
United States 26% United States
South Korea 2% South Korea

Total:

35

Countries

Search