Pada 4 April 2019, SEMSAS telah didatangi oleh pegawai SBP iaitu Pn. Aniza bt Kamarulzaman dan Pn. Mas Yanti bt Ghazali serta pegawai dari Microsoft iaitu En Mohd Zulhilmi bin Ahmad untuk memberi taklimat ringkas kepada guru-guru SEMSAS berkenaan M-11. Program M-11 merupakan program yang melibatkan 11 buah sbp di seluruh Malaysia. Semua sekolah ini akan dibimbing oleh Microsoft Malaysia dan mereka akan memastikan guru-guru mengaplikasikan penggunaan Microsoft 365 dalam pdpc. Guru juga digalakkan untuk menggunakan aplikasi Minecraft sebagai pemudah cara dalam pdpc.
Program ini diharapkan dapat meningkatkan keberkesanan pdpc di SEMSAS dan dapat memastikan pelajar-pelajar SEMSAS terlibat secara aktif semasa pdpc berlangsung dan diaplikasikan dalam PAK 21