Pada 8 September 2019 (Ahad) Aktiviti Senamrobik telah dilaksanakan. Matlamat mengadakan aktiviti senamrobik ini adalah untuk melahirkan generasi murid yang cergas dan sihat, dan membudayakan senaman sebagai amalan yang rutin sepanjang kehidupan mereka. Menerusi senamrobik, setiap murid akan tertarik untuk melakukannya kerana senaman ini dilakukan dengan iringan muzik berserta dengan gaya senaman yang dapat menyihatkan tubuh badan. Di samping itu, aktiviti senamrobik ini juga bertujuan membina keyakinan diri murid supaya yakin melibatkan diri di dalam aktiviti cergas seperti senamrobik dan sukan.
Klik di sini untuk paparan gambar yang dirakamkan semasa program senamrobik