Bagi memastikan keselesaan para pelajar untuk mengikuti proses pembelajaran di SM Sains Sultan Haji Ahmad Shah berada pada tahap optimum, maka kebersihan dan keceriaan kawasan persekitaran sekolah perlu dititikberatkan. Bagi merealisasikan hasrat murni ini, satu Program Gotong Royong Perdana telah dijalankan di SM Sains Sultan Haji Ahmad Shah pada 8 September 2019 baru-baru ini.
Sepertimana program gotong royong yang diadakan sebelum ini, program gotong royong perdana pada kali ini juga turut melibatkan usaha padu oleh seluruh warga sekolah yang terdiri daripada para guru, staf-staf sokongan serta para pelajar
Antara objektif Program Gotong Royong Perdana ini adalah:
(i) Meningkatkan kebersihan, keceriaan dan keselamatan sekolah.
(ii) Memupuk semangat kekitaan dalam kalangan warga sekolah.
(iii) Menyemai nilai-nilai murni dalam kalangan pelajar sekolah.
(iv) Meningkatkan kerjasama & mengeratkan silaturahim antara warga sekolah serta masyarakat setempat