Berita

Pembinaan Surau Semsas bermula

Kuantan, 9 Mac 2015 - Projek pembesaran Surau Ar Rashidin, SEMSAS  dijangka akan bermula pada minggu ini berikutan penyerahan Surat Pelantikan atau 'Letter of Award' oleh Semsas kepada Syarikat Tahap Engineering Sdn Bhd selaku kontraktor utama pembinaan. 

Tahap Engineering Sdn Bhd merupakan sebuah syarikat yang berpengkalan di Kuantan dan dimiliki oleh salah seorang bekas pelajar Semsas tahun SPM 1990 iaitu Saudara Mohd Nazri Jusoh (M0574).

Projek PIBG Semsas ini telah diuruskan oleh sebuah jawatankuasa yang terdiri daripada AJK PIBG dan juga warga EXSAS, dijangka siap pada bulan Julai 2015 melibatkan kos sebanyak RM461 ribu di mana jumlah ini tidak termasuk kerja-kerja elektrikal, pendingin hawa dan juga sistem bunyi.

Selain daripada itu, arkitek yang bertanggungjawab bagi projek ini ialah sdr Tn Haji Wan Ahmad Kamal (79), Jurutera Awam dan Struktur Sdr Tn Haji Zailan Sudin (80),  Jurutera Mekanikal  Yg Bhg Dato’  Ir Muhammad Imran (78) dan Perunding Kontrak dan Ukur Bahan Sdr Rizudin (88). Manakala Pengurus Projek adalah Sdr Mohd Hisham Aznan (79) dan dibantu oleh Sdr Wan Mohd Roslan (88) selaku Pembantu Pengurus Projek serta Mohd Nizam Mahayuddin (84) sebagai Bendahari.

Untuk makluman, jumlah kutipan tabung pembinaan surau sehingga kini mencecah RM288 ribu di mana ianya masih jauh dari sasaran. Diharapkan agar dengan bermulanya projek ini, jumlah kutipan tabung akan terus bertambah dan akan dapat menampung kos keseluruhan projek.

Alamat Sekolah

SM Sains Sultan Haji Ahmad Shah (SEMSAS)
KM12, Jalan Gambang
25150 Kuantan, Pahang Darul Makmur

  • dummy+609 538 1223

  • dummy+609 538 4407

  • dummy info@semsas.edu.my

Jumlah Pengunjung

000933173
Malaysia 66% Malaysia
United States 25% United States
South Korea 2% South Korea

Total:

35

Countries

Search