Berita

Program Beli Baju Raya EXSAS, Iftar dan Khatam Al-Quran Semsas 2016

3 Program tahunan Exsas, PIBG dan Semsas telah berjaya diadakan pada 30 Jun yang baru lalu bertempat di Semsas. Program Beli Baju Raya (BBR) untuk pelajar terpilih Semsas telah mendapat kerjasama yang erat daripada Alamoda (Jakel) Kuantan, PIBG Semsas, Pentadbir dan juga Exsas. Mereka bertolak dari Semsas lebih kurang jam 2 petang dan kembali semula ke Semsas sekitar jam 4.30 petang.

Program tahunan ini telah memberi peluang kepada 123 orang pelajar terpilih Semsas untuk membeli pakaian raya di Alamoda (Jakel) Kuantan seperti set baju melayu bagi pelajar lelaki dan juga set baju kurung bagi pelajar perempuan. Dalam program tersebut Exsas yang diwakili oleh VP2 iaitu Dr Zulkefeli Mohd Jusoh 
turut memberikan sumbangan 'duit raya' kepada mereka.

Ramai warga Exsas turut hadir bagi memberikan sokongan selain daripada beramah mesra dikalangan Exsas dan juga para pelajar. Pada sebelah petangnya pula, Majlis Khatam Al-Quran telah diadakan di Surau Ar Rasyidin, Semsas dengan penampilkan seramai lebih kurang 20 orang peserta yang terdiri daripada pelajar Semsas.

Majlis turut dihadiri oleh Pengetua Semsas, pentadbir dan juga warga Exsas. Sementara menunggu waktu berbuka puasa, ceramah motivasi telah disampaikan oleh Dr Zulkefeli Mohd Jusoh yang bertajuk 'Perjalanan Hidupku' dimana beliau telah berkongsi pengalaman hidup beliau bermula di Semsas sehinggalah sekarang. Hadirin telah dibekalkan dengan buah kurma dan air mineral untuk santapan ringan berbuka puasa sebelum mengerjakan solat Maghrib.

Jamuan makan malam bertempat di Dewan Seri Pahang amat bermakna bagi para hadirin memandangkan suasana dewan yang amat selesa selepas kerja-kerja naik taraf telah berjaya dilaksanakan sebelum ramadhan menjelang. Pada jamuan tersebut, para hadirin turut dihidangkan dengan set KFC hasil sumbangan Tuan Nik Abd Malik (75) dan isteri Puan Radziah (77) setiap seorang.

Selesai berbuka puasa, majlis diteruskan dengan solat terawikh dan witir sebelum diakhiri dengan jamuan moreh di Dewan Seri Pahang. Seramai lebih 50 orang warga Exsas dari berbagai batch telah hadir dan menjayakan program tahunan ini.

Terima kasih kepada semua yang terlibat secara langsung dan juga tidak langsung didalam menjayakan program ini. Jutaan terima kasih juga kepada semua penyumbang wang tunai yang terkumpul iaitu sebanyak 29 ribu ringgit.

Foto : FB EXSAS

Alamat Sekolah

SM Sains Sultan Haji Ahmad Shah (SEMSAS)
KM12, Jalan Gambang
25150 Kuantan, Pahang Darul Makmur

  • dummy+609 538 1223

  • dummy+609 538 4407

  • dummy info@semsas.edu.my

Jumlah Pengunjung

000932610
Malaysia 64% Malaysia
United States 27% United States
South Korea 2% South Korea

Total:

35

Countries

Search