Berita

SEMSAS DIPERSADA ANTARABANGSA - B Janushaa (SPM 2016)

B Janushaa (SPM 2016),  anak kepada pasangan  M Bala Krishan, 59, dan S Saraswathy, 59, mencipta sejarah negara apabila menjadi pelajar perempuan pertama Malaysia dipilih ke Akademi Tentera Laut Amerika Syarikat (USNA) di Annapolis, Maryland.

Menurut Duta AS, Kamala Shirin Lakhdhir akademi tentera berkenaan menerima permohonan daripada 157 negara. Walau bagaimanapun, hanya 15 pelajar asing diterima masuk ke dalam empat akademi di sana.  Surat tawaran masuk disampaikan oleh duta itu sendiri dalam satu majlis di Dewan SK Clifford  (sekolah rendah Janushaa) di Kuala Lipis.

Janushaa akan menjalani program ijazah selama empat tahun di akademi tentera tersebut (USNA) bersama dengan pegawai kadet dari seluruh dunia. Beliau merupakan penuntut Asasi Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) dan bercita-cita menjadi juruterbang profesional.

Alhamdulillah, sejarah tercipta lagi di bumi Semsas.  Warga Semsas mengucapkan tahniah kepada Jahushaa dan keluarga. Selamat maju  jaya kepada Janushaa dan terus Hidup Berjasa! Semoga pencapaian Janushaa menjadi inspirasi kepada anak-anak Semsas untuk mengejar kegemilangan. Insya-Allah.

(sumber: Roselan Ab Malek, Rabu, 16 Mei 2018 @ 7:22,https://www.hmetro.com.my)

Alamat Sekolah

SM Sains Sultan Haji Ahmad Shah (SEMSAS)
KM12, Jalan Gambang
25150 Kuantan, Pahang Darul Makmur

  • dummy+609 538 1223

  • dummy+609 538 4407

  • dummy info@semsas.edu.my

Jumlah Pengunjung

000933189
Malaysia 66% Malaysia
United States 25% United States
South Korea 2% South Korea

Total:

35

Countries

Search