Sempena bulan Ramadan yang mulia ini, semua pelajar terlibat dengan aktiviti Tadarus Al-Quran dari jam 2.30-4.30 petang. Semua pelajar bertadarus di surau Ar-Rasyidin, SEMSAS.
Aktiviti ini bukan sahaja dapat menghidupkan bulan Ramadan malah dapat mendidik pelajar menjadi insan yang cintakan Al-Quran.
Tadarus Al-Quran mempunyai banyak kelebihan. Selain kelebihan-kelebihan yang dijanjikan, Rasulullah s.a.w juga telah bersabda yang bermaksud:
"Tidak berkumpul suatu kaum di mana-mana rumah Allah, mereka membaca dan bertadarus Al-Quran, melainkan diturunkan kepada mereka ketenangan ( sakinah ), diliputi rahmat, dikelilingi malaikat, dan Allah menyebut nama mereka pada para malaikat".
#klik di sini tadarus2018