Berita

Masterclass Workshop with Malaysian Philharmonic Orchestra (MPO)

Pada 20 Februari 2019 SEMSAS telah menjadi urus setia program Masterclass Workshop with Malaysian Philharmonic Orchestra (MPO) untuk Sekolah Berasrama Penuh Zon Timur.

Program ini bertujuan memantapkan kemahiran serta  mengembangkan minda pelajar dalam mengendalikan alatan muzik dibawah bimbingan tenaga pengajar profesional.

Antara objektif lain program ini adalah :

1. Bekerjasama dengan pemuzik MPO dalam meningkatkan teknik dan mutu bermain alatan muzik yang terlibat.

2. Memberi tunjuk ajar kepada pelajar untuk bermain alatan muzik.

3. Memperluaskan peluang pembelajaran muzik dalam kalangan pelajar-pelajar SBP.

4.Meransang minat dan galakan yang mantap agar pelajar lebih berkeyakinan dalam sebarang pertandingan atau persembahan.

5. Mengenalpasti pelajar yang berpotensi untuk menjadi pemuzik Malaysian Philharmonic Youth Orchestra (MPYO).

Program ini telah dibimbing oleh tiga orang pemuzik profesional dari MPO iaitu Sonia Croucher (Flute), Niels Dittmann (Oboe) dan Gonzalo Esteban (Clarinet) bersama pegawai pengiring MPO iaitu Encik Shafrin Sabri.

Seramai 73 orang pelajar dari enam buah SBP Zon Timur yang terlibat untuk program ini iaitu SM Sains Sultan Haji Ahmad Shah, Kuantan, Sekolah Sains Sultan Haji Ahmad Shah, Pekan, Pahang, SM Sains Dungun, SM Sains Sultan Mahmud, Terengganu, SM Sains Machang dan SM Sains Jeli, Kelantan.

Program ini bermula pada pukul 9.00 pagi dan berakhir pada pukul 5.00 petang. Semoga segala ilmu yang diperolehi pelajar terlibat dapat meningkatkan kemahiran dan kecekapan menggunakan alatan muzik tersebut seterusnya meningkat kecemerlangan sekolah berasrama penuh.

#klik di sini untuk gambar sekitar majlis

Alamat Sekolah

SM Sains Sultan Haji Ahmad Shah (SEMSAS)
KM12, Jalan Gambang
25150 Kuantan, Pahang Darul Makmur

  • dummy+609 538 1223

  • dummy+609 538 4407

  • dummy info@semsas.edu.my

Jumlah Pengunjung

000932597
Malaysia 64% Malaysia
United States 27% United States
South Korea 2% South Korea

Total:

34

Countries

Search