Tarikh : 7 Ogos 2019
Tempat : Dewan Makan Seri Pahang
Masa : 8.00 malam
Program Bulan Kemerdekaan merupakan program yang dirai saban tahun oleh warga SEMSAS.
Tema Bulan Kemerdekaan pada kali ini adalah 'SAYANGI MALAYSIAKU : MALAYSIA BERSIH'. Pada tahun ini, pelancaran Bulan Kemerdekaan peringkat sekolah disambut dalam Majlis Makan Beradab yang dikendalikan oleh Rumah Apollo.
Objektif program ini adalah :
i) Menyemai semangat cinta akan negara
ii) Memupuk dan memperkukuh semangat setia negara dan jati diri serta menanam rasa tanggungjawab kepada sekolah dan negara.
iii) Menerapkan nilai-nilai murni seperti cintakan negara, berdisiplin dan bekerjasama.
Diharap dengan pelbagai aktiviti yang telah dirancang dapat meningkatkan semangat cintakan Malaysia dalam kalangan warga SEMSAS