Berita

Tetamu dari Bumi Kenyalang - YB.Datuk Dr.Haji Abdul Rahman Junaidi

Pada 19 Ogos 2019 (Isnin) satu lawatan rasmi Penanda Aras Kecemerlangan Pendidikan Pegawai-pegawai Pendidikan Kawasan Dun N.4 Pantai Damai, Kuching Sarawak ke SEMSAS telah diadakan.

Program ini disertai oleh YB.Datuk Dr.Haji Abdul Rahman Junaidi ( bekas pelajar SEMSAS 1974-1978) yang merupakan Menteri Muda Utiliti Sarawak (Bekalan  Elektrik) merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri N.4 Pantai Damai, pegawai- pegawai pendidikan Daerah Kuching, pengetua dan guru besar kawasan Dun N.4 Pantai Damai.

Antara agenda program ini ialah perkongsian strategik untuk meningkatkan prestasi sekolah-sekolah dalam kawasan Dun N.4 Pantai Damai Sarawak.

Satu majlis ringkas diaadakan di Dewan Al Khawarizmi untuk menyambut Ketibaan rombongan yang tiba pada jam 2.30 petang.Seterusnya, Pasukan Jasa Wind telah mempersembahkan 2 buah lagu diikuti oleh ucapan daripada puan pengetua serta bicara mesra yang disampaikan oleh YB. Datuk Dr. Haji Abdul Rahman Junaidi.

Klik di sini untuk gambar sekitar majlis

Alamat Sekolah

SM Sains Sultan Haji Ahmad Shah (SEMSAS)
KM12, Jalan Gambang
25150 Kuantan, Pahang Darul Makmur

  • dummy+609 538 1223

  • dummy+609 538 4407

  • dummy info@semsas.edu.my

Jumlah Pengunjung

000932600
Malaysia 64% Malaysia
United States 27% United States
South Korea 2% South Korea

Total:

35

Countries

Search