Berita

UKSBP 2019

Semakan Ujian Kemasukan Sekolah Berasrama Penuh (UKSBP) untuk Tingkatan 1 dan Tingkatan 4 2020 telah pun boleh disemak mulai 7 Oktober 2019. Ujian UKSBP untuk tingkatan 1 akan berlangsung pada 14 Okt- 17 Okt 2019 manakala bagi tingkatan 4 mulai 21 Okt - 24 Okt 2019. Mohon ibu bapa / penjaga menyemak keputusan dan surat panggilan secara atas talian bagi memastikan calon dapat menduduki ujian pada masa yang telah ditetapkan

Tingkatan 1
https://sst1.moe.gov.my

Tingkatan 4
https://sst4.moe.gov.my

Mohon cetak bersama surat tawaran dan bawa bersama ketika sesi ujian berlangsung

Perhatian kepada calon-calon yang bakal menduduki Ujian Kemasukan Sekolah Berasrama Penuh (UKSBP) di SEMSAS pada 14 – 17 Oktober 2019. Anda diminta untuk memberi perhatian kepada perkara berikut :

 

1) Bawa kad pengenalan dan Slip Menduduki UKSBP yang dicetak daripada laman sesawang KPM untuk ditunjukkan di kaunter pendaftaran.

*PERINGATAN : No. K/P ialah nombor 'log in' sistem.

2) Diwajibkan berpakaian kemas (baju sekolah) dan berkasut.

4) Sila semak dan pastikan tarikh serta sesi yang dipaparkan pada slip supaya tidak berlaku kekeliruan.

5) Dapatkan Kad Kedudukan semasa ujian di kaunter pendaftaran dan pulangkan kepada pengawas di Bilik Ujian apabila masuk ke bilik tersebut.

5) Pergi ke Bilik Ujian apabila menerima arahan daripada pengawas. Ibu bapa diminta tidak mengiringi anak-anak kerana tempat menunggu adalah terhad.

6) Sebarang alat telekomunikasi dan sebarang nota TIDAK BOLEH DIBAWA apabila berada di Bilik Ujian.

7) Dengar arahan dengan jelas daripada pengawas bertugas di Bilik Ujian.

8) Sila angkat tangan untuk bertanya jika menghadapi masalah teknikal dan sebagainya.

9) Minta kertas dan pen daripada pengawas di Bilik Ujian ( jika perlu)

10) Gunakan masa 90 minit dengan sebaik-baiknya untuk menjawab soalan-soalan yang dikemukakan.

11) Biasakan diri dengan 'touchpad laptop' kerana calon yang mendapat laptop tidak dibekalkan dengan tetikus (mouse).

12) Seorang calon hanya layak 'log in' sekali sahaja ke dalam sistem. JANGAN sesekali menekan butang Log Keluar selagi belum tamat menjawab.

13) Tekan Log Keluar apabila selesai menjawab dan keluar dengan tenang.

Alamat Sekolah

SM Sains Sultan Haji Ahmad Shah (SEMSAS)
KM12, Jalan Gambang
25150 Kuantan, Pahang Darul Makmur

  • dummy+609 538 1223

  • dummy+609 538 4407

  • dummy info@semsas.edu.my

Jumlah Pengunjung

000933063
Malaysia 66% Malaysia
United States 26% United States
South Korea 2% South Korea

Total:

35

Countries

Search