Majlis Permuafakatan KPM Dan PDRM : Program Jom Ke Sekolah Peringkat Kebangsaan Tahun 2020 adalah merupakan program kolaboratif antara Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) dalam usaha menangani permasalahan disiplin dan salah laku murid. Penglibatan pihak polis dalam kawasan sekolah adalah melalui Pegawai Perhubungan Sekolah (PPS) di semua sekolah KPM.
Objektif Majlis Permuafakatan ini diadakan adalah untuk mewujudkan hubungan mesra dan kolaborasi yang lebih mantap antara pihak sekolah dan PPS. Ia juga bertujuan membantu mencegah salah laku disiplin murid sekolah daripada terlibat dalam kegiatan jenayah dan perlakuan yang menyalahi undang-undang serta tidak bermoral sama ada di dalam atau di luar sekolah. Di samping itu, ia juga bertujuan bagi memperluaskan penggunaan papan kenyataan PPS di sekolah-sekolah KPM bagi tujuan menangani isu-isu semasa kepolisian kepada warga sekolah dan ibu bapa.
Selain itu sesi penyampaian hadiah untuk pelajar turut berlangsung.
Antara pencapaian SEMSAS pada Minggu lepas:
1) Merentas Desa MSSD Kuantan
B15 (L) - Tempat ke-3
B18 (L) - Tempat ke-9
B15 (P) - Tempat ke-13,14
B18 (P) - Tempat ke-2,3,5,6,7
2) Citrex UMP 2020
1 Emas Anugerah Khas
1 Emas
3 gangsa
3) SCS Scrabble Gala 9
Tempat ke-4,6,10
5) Karnival Kimia Pahang
Tempat ke-6
4) Ragbi Sentuh
B17 1st runner up
B15 3rd runner up
Tahniah SEMSAS...Hidup Berjasa...Go Faster...
Berikut adalah gambar-gambar sepanjang majlis ini berlangsung