Berita

Penandaarasan AKP 2020

Peningkatan kualiti perkhidmatan dan profesionalisme angota kumpulan pelaksana (AKP) adalah salah satu matlamat mencapai kecemerlangan pengurusan SM Sains Sultan Haji Ahmad Shah. Bagi tujuan tersebut Lawatan Penandaarasan adalah salah satu kaedah untuk menambahbaik kualiti perkhidmatan dan profesionalisme anggota kumpulan pelaksana sekolah.

Pada 1 Mac 2020 AKP SEMSAS telah berkunjung ke SM Sains Kuala Terengganu (SESTER) untuk lawatan penandaarasan. Rombongan seramai 21 orang kakitangan pelbagai jawatan itu diketuai oleh Puan Hajah Noridah binti Ramlan, Pengetua SM Sains Sultan Haji Ahmad Shah bertolak pada 29 Februari 2020 dan menginap di Noor Arfa River Chalet, Kuala Ibai.

Ketibaan di SESTER pada pukul 9.00 pagi disambut oleh Guru Penolong Kanan Pentadbiran Encik Amir bin Ya, AKP SESTER serta barisan kepimpinan Murid. Kami telah dibawa ke bilik mesyuarat SESTER untuk sesi taklimat yang disampaikan oleh Encik Amir bin Ya.

Setelah taklimat diberikan kami dipecahkan mengikut skop jawatan masing masing bagi melawat kawasan dan cara kerja di sana.

Alamat Sekolah

SM Sains Sultan Haji Ahmad Shah (SEMSAS)
KM12, Jalan Gambang
25150 Kuantan, Pahang Darul Makmur

  • dummy+609 538 1223

  • dummy+609 538 4407

  • dummy info@semsas.edu.my

Jumlah Pengunjung

000933172
Malaysia 66% Malaysia
United States 25% United States
South Korea 2% South Korea

Total:

35

Countries

Search