Berita

PKSK 2020

Semakan Pentaksiran Kemasukan Sekolah Khusus (PKSK) untuk Tingkatan 1 dan Tingkatan 4 2021 boleh disemak mulai 7 Oktober 2020. Ujian PKSK untuk Tingkatan 1 akan berlangsung pada 12 Okt- 23 Okt 2020 dan Tingkatan 4 mulai 26 Okt – 6 Nov 2020. Mohon ibu bapa / penjaga menyemak keputusan dan surat panggilan secara dalam talian bagi memastikan calon dapat menduduki ujian pada masa yang telah ditetapkan.

 

Tingkatan 1

https://spskt1.moe.gov.my

Tingkatan 4

https://spskt4.moe.gov.my

 

PERINGATAN

*Mohon ibu bapa/penjaga mencetak surat tawaran dan bawa bersama-sama ketika sesi ujian berlangsung.

*Pendaftaran calon-calon akan bermula seawal 7.30 pagi bagi Sesi 1, bagi Sesi 2, pendaftaran para calon bermula pada 9.45 pagi dan Sesi 3 bermula pada 1.30 tengah hari.

*Calon diwajibkan mengambil bacaan suhu dan memakai pelitup muka setibanya di SEMSAS

*Ibu bapa/penjaga wajib mematuhi waktu yang telah ditetapkan oleh KPM.

 

PERHATIAN

Kepada calon-calon yang bakal menduduki Pentaksiran Kemasukan Sekolah Khusus (PKSK) di SEMSAS pada 12 – 23 Oktober 2020, anda diminta memberi perhatian kepada perkara yang berikut :

 1) Bawa kad pengenalan dan Slip Menduduki PKSK yang dicetak daripada laman sesawang KPM untuk ditunjukkan di kaunter pendaftaran.

*PERINGATAN : No. K/P ialah nombor 'log in' sistem.

2) Calon dikehendaki membawa alat tulis untuk sesi Artikulasi Penulisan.

3) Diwajibkan berpakaian kemas (baju sekolah) dan berkasut.

4) Sila semak dan pastikan tarikh serta sesi yang dipaparkan pada slip supaya tidak berlaku kekeliruan.

5) Dapatkan Kad Kedudukan semasa ujian di kaunter pendaftaran dan pulangkan kepada pengawas di Bilik Ujian apabila masuk ke bilik tersebut.

6) Pergi ke Bilik Ujian apabila menerima arahan daripada pengawas.

7) Ibu bapa tidak dibenarkan keluar dari kenderaan kecuali calon yang berkeperluan khas.

8) Sebarang alat telekomunikasi dan sebarang nota TIDAK BOLEH DIBAWA apabila berada di Bilik Ujian.

9) Dengar arahan dengan jelas daripada pengawas bertugas di Bilik Ujian.

10) Sila angkat tangan untuk bertanya jika menghadapi masalah teknikal dan sebagainya.

11) Minta kertas dan pen daripada pengawas di Bilik Ujian ( jika perlu)

12) Biasakan diri dengan 'touchpad laptop' kerana calon yang mendapat laptop tidak dibekalkan dengan tetikus (mouse).

13) Seorang calon hanya layak 'log in' sekali sahaja ke dalam sistem. JANGAN sesekali menekan butang Log Keluar selagi belum tamat menjawab.

14) Tekan Log Keluar apabila selesai menjawab dan keluar dengan tenang.

15) Ibu bapa / penjaga hanya perlu menghantar anak jagaan di depan Dewan Iqra dan mengambil anak di astaka.

16) Waktu mengambil anak bagi        Sesi 1 - 10.30 pagi

                                                            Sesi 2 – 1.00 tengah hari

                                                            Sesi 3 – 4.30 petang

17) Laluan sehala sahaja, iaitu masuk melalui pintu hadapan dan keluar di pintu belakang.

 

Jutaan terima kasih atas kerjasama yang diberikan oleh pihak Tuan Puan

Harap maklum.

Saya yang menjalankan amanah

 

MAZLAN BIN SARIYEO

Pengetua SEMSAS

 

Alamat Sekolah

SM Sains Sultan Haji Ahmad Shah (SEMSAS)
KM12, Jalan Gambang
25150 Kuantan, Pahang Darul Makmur

  • dummy+609 538 1223

  • dummy+609 538 4407

  • dummy info@semsas.edu.my

Jumlah Pengunjung

000932600
Malaysia 64% Malaysia
United States 27% United States
South Korea 2% South Korea

Total:

35

Countries

Search