Berita

PROGRAM MENGACAU BUBUR LAMBUK SM SAINS SULTAN HAJI AHMAD SHAH

Tarikh : 5 Mei 2021 (Rabu)

Masa : 8.00 pagi hingga 2.00 petang (penyedian bubur lambuk)

           3.00 petang hingga selesai (agihan bubur lambuk)

Tempat : Dataran asrama SEMSAS

Unit Beruniform SEMSAS dengan kerjasama dan sokongan Unit Kokurikulum SM Sains Sultan Haji Ahmad Shah dan Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) SM Sains Sultan Haji Ahmad Shah telah berjaya mengadakan Program Mengacau Bubur Lambuk peringkat sekolah, bersempena dengan kedatangan bulan Ramadan.

Program ini diharapkan dapat merapatkan lagi hubungan antara seluruh warga SEMSAS dan dapat memberi pengalaman baru tentang penyediaan bubur lambuk kepada murid-murid tingkatan 4 yang terlibat dalam aktiviti ini. Antara objektif lain adalah untuk memupuk semangat kepimpinan dalam kalangan murid menerusi aktiviti kemasyarakatan serta memantapkan jalinan dan jaringan antara SEMSAS dengan penduduk setempat, agensi luar, dan masyarakat.

Antara pihak yang menerima agihan bubur lambuk pada kali ini ialah  semua guru dan AKP SEMSAS, murid- murid SEMSAS, pekerja pembersihan dan keselamatan, anggota polis di Balai Polis Jaya Gading, Gambang, petugas kesihatan di Klinik Kesihatan Paya Besar, anggota bomba di Balai Bomba Taman Tas serta penduduk Taman Seri Damai Aman.

Alamat Sekolah

SM Sains Sultan Haji Ahmad Shah (SEMSAS)
KM12, Jalan Gambang
25150 Kuantan, Pahang Darul Makmur

  • dummy+609 538 1223

  • dummy+609 538 4407

  • dummy info@semsas.edu.my

Jumlah Pengunjung

000936410
Malaysia 73% Malaysia
United States 20% United States

Total:

43

Countries

Search