Berita

Keadaan Nuroul semakin pulih.

Alhamdulillah, saya sekeluarga bersama Cikgu Rohidah dan Cikgu Salasun berkesempatan untuk menziarahi Adik Nuroul yang mengalami kemalangan hampir sebulan yang lepas di HTAA, Kuantan pada hari semalam (Ahad, 30 Jun 2013).

Adik Nuroul yang ditemani oleh Ibu beliau kelihatan ceria menerima kunjungan kami. Walaupun Nuroul tidak selesa untuk bercakap kerana mempunyai plat besi didalam rahang beliau, namun beliau dengan penuh semangat sempat bercerita tentang keadaan beliau sekarang.

Dimaklumkan bahawa seminggu yang lepas, satu pembedahan telah dilakukan untuk memasukkan plat besi dipaha beliau dan sekali gus besi pemberat yang dipasang pada kaki telah dibuka. Beliau juga telah berpindah ke Wad 4A Kelas 2 (Perempuan)

Mulai hari ini juga (1 Julai 2013), sesi fisioterapi akan bermula dan insyaAllah beliau akan boleh berjalan menggunakan tongkat tidak berapa lagi dan akan kembali ke Semsas.

Terima kasih kepada warga Exsas yang lain serta wakil PIBG yang sempat datang menziarahi adik Nuroul sebelum ini. Kehadiran kita semua memberikan semangat kepada beliau untuk terus berjuang.

Saya tinggalkan Adik Nuroul dalam pertemuan singkat tersebut dengan kata-kata "jangan risau, kami semua akan tetap bersama adik didalam mengharungi kesusahan ini dan kuatkan semangat".

Qisan 88

Alamat Sekolah

SM Sains Sultan Haji Ahmad Shah (SEMSAS)
KM12, Jalan Gambang
25150 Kuantan, Pahang Darul Makmur

  • dummy+609 538 1223

  • dummy+609 538 4407

  • dummy info@semsas.edu.my

Jumlah Pengunjung

000933204
Malaysia 66% Malaysia
United States 25% United States
South Korea 2% South Korea

Total:

35

Countries

Search