Berita

Nuroul Shahirah Misfar kemalangan

 

Salasun Naim Rohidah (10pm : 8Jun2013)

Keadaan Nurul yang terkini, berada di Ward Teratai 2A HTAA. Pasukan SEMSAS LYNX lelaki dan perempuan sempat berkunjung melawat Nurul selepas tamat program di sekolah. Antara kecederaan yang dialaminya ialah patah tulang paha, kecederaan di bahagian lutut (berlubang besar) dan patah rahang. Beliau sempat memberitahu kepada saya bahawa dia akan mengambil makanan dengan menggunakan tiub kerana tidak boleh mengunyah makanan. Rakan-rakan disekolah telah membuat solat hajat untuk Nurul pada hari semalam dan hari ini bagi mendokan semoga Nurul selamat dan cepat sembuh. In Shah Allah esok rakan-rakan sekelas Nurul pula yang akan melawat Nurul.

Le Mignon (8pm:7Jun2013)

EXSAS, adik Nourol Shahira (bediri belakang ke-2 dari kiri) telah terlibat dlm kemalangan ketika dlm perjalanan pulang ke Semsas tadi. Dengar khabar patah tulang peha dan kini berada di HTAA. Saya nak buat derma kilat. Sesaper yg nak menderma boleh bank-in ke account saya.
 
Sempat melawat Nourul malam tadi. Pembedahan dijalankan malam tadi juga setelah mendapat tanda tangan ibu saudaranya. Kekalutan timbul kerana bapa saudara (yg juga cedera) yang memandu kenderaan berada di bilik separa kritikal berlainan. Cikgu nak sainkan, dr kata nak ahli keluarga terdekat juga sebab kejadian berlaku di luar waktu jagaan pihak sekolah. Alhamdulillah akhirnya diketemukan dengan saudara mara yang tercari cari Nourul. Nourul dalam keadaan sedar dan stabil - sungguh mengkagumkan. Pelajar MRSM yang menaiki kenderaan yang bertembung dgn kenderaan dinaiki Nourul mengalami kecederaan juga - di katil sebelah Nourul. Dengar khabarnya, bapa pelajar MRSM tersebut meninggal dan ibu rakannya yang menumpang untuk sama-sama ke MRSM Muadzam dari Jerantut juga meninggal dunia. Pelajar berkenaan keseorangan semasa kami menziarah Nourul. Kami cuba dapatkan telefon sesiapa daripadanya tapi dia tak sempat beri malam tadi - banyak kes kemalangan malam tadi. Dr terpaksa meminta kami keluar kerana crowded. Harap-harap kita sama sama boleh bantu mereka seikhlas mungkin, serta mendoakan agar dipermudahkanNya

Alamat Sekolah

SM Sains Sultan Haji Ahmad Shah (SEMSAS)
KM12, Jalan Gambang
25150 Kuantan, Pahang Darul Makmur

  • dummy+609 538 1223

  • dummy+609 538 4407

  • dummy info@semsas.edu.my

Jumlah Pengunjung

000933204
Malaysia 66% Malaysia
United States 25% United States
South Korea 2% South Korea

Total:

35

Countries

Search