Berita

SEMSAS unggul

http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/SEMSASunggul/Article/index_html

Oleh Mohd Rafi Mamat

Kuantan: Permulaan cemerlang dilakar pasukan bola keranjang perempuan Sekolah Menengah Sains Sultan Haji Ahmad Shah (SEMSAS) Kuantan apabila muncul juara Kejohanan Bola Keranjang Hari Kecemerlangan Sekolah Berasrama Penuh (SBP) Zon Timur Ke-40 di Stadium SUKPA, baru-baru ini.

Beraksi di gelanggang sendiri memberi kelebihan kepada pasukan kendalian Ahmad Hamdany Ahmad Halimy apabila menjinakkan Sekolah Berasrama Penuh Integrasi (SPBI) Kuantan.

 

Kejayaan itu membuka peluang kepada SEMSAS untuk mewakili Zon Timur pada saingan Kejohanan Bola Keranjang Hari Kecemerlangan SBP peringkat kebangsaan di Sekolah Menengah Sains Selangor (SMSS) pada 24-28 Mei ini.

 

Mengiringi mereka adalah skuad lelaki sekolah itu yang turut muncul juara selepas menewaskan Sekolah Menengah Sains Dungun (SEMERDU), Terengganu 59-49.

Ahmad Hamdany berkata, pencapaian cemerlang di peringkat Zon Timur kali ini diharap menjadi asas prestasi lebih membanggakan di pentas kebangsaan yang lebih mencabar bulan depan. Justeru, katanya kelebihan selaku juara akan digunakan sepenuhnya untuk mengulangi kejayaan walaupun cabaran yang bakal dihadapi lebih getir. “Kejayaan kali ini hasil semangat dan kesungguhan semua pemain yang turun dengan satu matlamat iaitu menjulang kejuaraan di gelanggang sendiri.

“Semangat jitu pemain yang mendapat sokongan padu penyokong sepanjang kejohanan berjaya membentuk pasukan mantap walaupun tidak banyak diberi harapan sebelum ini,” katanya.

Beliau berkata, latihan secara berterusan selain mengadakan beberapa perlawanan persahabatan berjaya melahirkan pemain berkualiti yang mampu menyerap tekanan.

Artikel ini disiarkan pada : 2013/04/12

Alamat Sekolah

SM Sains Sultan Haji Ahmad Shah (SEMSAS)
KM12, Jalan Gambang
25150 Kuantan, Pahang Darul Makmur

  • dummy+609 538 1223

  • dummy+609 538 4407

  • dummy info@semsas.edu.my

Jumlah Pengunjung

000933054
Malaysia 66% Malaysia
United States 26% United States
South Korea 2% South Korea

Total:

35

Countries

Search