Berita

SEMSAS Lahirkan Bakat Bola Keranjang

http://www.pemainbolakeranjang.com
Posted by  in BlogNewsSBP on February 7, 2013 1:55 pm

 

Melihat aksi lincah Mohd Aminudin, pelajar tingkatan dua Sekolah Menengah Sains Sultan Haji Ahmad Shah, Pahang yang berasal dari Segamat, Johor di Kejohanan Gatorade 3 lawan 3 Siri SBP Zon Pantai Timur mengingatkan penulis kepada pemain muda daripada video “Better Basketball: Better Ballhandling” sewaktu zaman muda.

Walaupun tiada kelebihan fizikal berdepan pasukan lawan yang lebih besar dan laju, aksi Mohd Aminudin menggelecek bola sangat kemas dan beliau mempamerkan asas-asas kemahiran yang bagus berbanding daripada pemain-pemain lain yang lebih tua dari beliau.

 

Penglibatan Amin di dalam sukan bola keranjang banyak didorong oleh guru pendidikan jasmani beliau iaitu Puan Rohidah. Amin mula berjinak-jinak bermain bola keranjang semenjak memasuki Sekolah Menengah Sains Sultan Haji Ahmad Shah (SEMSAS).

Apabila ditanya mengenai perkara yang menarik minat beliau untuk bermain sukan bola keranjang, Amin mengatakan bahawa sukan bola keranjang membantu beliau menjadi seorang pelajar yang bagus di dalam dan di luar kelas kerana bola keranjang memerlukan disiplin dan komitmen yang tinggi.

Amin berkata, beliau perlu mengorbankan sedikit masa cuti sekolah beliau demi mengikuti kem bola keranjang yang dianjurkan oleh cikgu beliau dengan kerjasama pihak sekolah. Beliau menambah bahawa dia tak kisah akan masa cuti yang sedikit demi minatnya yang mendalam terhadap sukan bola keranjang.


Cikgu Salason memberi tunjuk ajar kepada anak muridnya.


Rahsia kejayaan SEMSAS dalam melahirkan pemain-pemain bermutu terletak di tiga bahu guru mereka yang sangat komited di dalam membangunkan sukan bola keranjang di peringkat akar umbi lagi. Selain Puan Rohaidah, Encik Salason juga merupakan salah seorang tenaga pengajar yang acap kali memberi semangat dan tunjuk ajar kepada pelajar-pelajar SEMSAS.


Reaksi Cikgu Salason selepas perlawanan akhir lelaki.

Manakala Guru Bahasa Ingeris dan juga merupakan Pengarah Teknikal Bola Keranjang SEMSAS, Encik Ahmad Hamdany bin Ahmad Halimy telah membawa ilmu beliau dari Sekolah Menengah Sains Dungun untuk dikongsi bersama SEMSAS semenjak tiga tahun lepas.

Encik Ahmad Hamdany mengatakan bahawa SEMSAS menjalankan sesi latihan mereka hampir setiap hari.

Usaha murni ketiga-tiga guru ini nyata membuahkan hasil selepas kedua-dua pasukan lelaki dan wanita SEMSAS berjaya meraih tempat pertama dalam Kejohanan Gatorade 3 lawan 3 Siri SBP Zon Pantai Timur.


Cikgu Hamdany menyampaikan hadiah tempat pertama kepada SEMSAS 5

Cikgu Hamdany menyampaikan hadiah tempat pertama wanita kepada SEMSAS H

Alamat Sekolah

SM Sains Sultan Haji Ahmad Shah (SEMSAS)
KM12, Jalan Gambang
25150 Kuantan, Pahang Darul Makmur

  • dummy+609 538 1223

  • dummy+609 538 4407

  • dummy info@semsas.edu.my

Jumlah Pengunjung

000933144
Malaysia 66% Malaysia
United States 26% United States
South Korea 2% South Korea

Total:

35

Countries

Search