Sejarah
- Diperingkat awal, tiada bangunan khusus untuk surau
- Pertengahan tahun 80an, cadangan untuk bangunan khas surau dibuat
- Pembinaan dimulakan penghujung tahun 1987 dan ianya siap setahun kemudian hasil kutipan orang ramai, sumbangan badan-badan berkanun dan Kerajaan Negeri Pahang
- Sehingga kini, ianya telah mengalami beberapa perubahan dari segi dalaman dan luaran
- Kapasiti: 650 orang
- Telah dinamakan Surau Ar-Rashidin sempena nama Pengerusi PIBG SEMSAS terdahulu iaitu, Arwah Dato’ Hj Abdul Rashid bin Mohd Salleh
Kenapa ianya perlu diperbesarkan?
- Jumlah pelajar SEMSAS akan meningkat sehingga 800 orang pada tahun hadapan berikutan siapnya satu blok asrama puteri yang baru
- Oleh itu, kapasiti surau sekarang tidak lagi mencukupi untuk menampung aktiviti aktiviti dan majlis majlis yang hendak diadakan.
- Selain itu, beberapa bahagian dalam dan luar surau memerlukan penambahbaikan
Anggaran kos
- RM 1,000,000.00 – 1,300,000.00
- Kutipan awal telah dimulakan sejak beberapa bulan lalu dan sehingga kini sebanyak lebih kurang RM 202,000.00 telah berjaya dikumpul didalam Akaun Tabung Surau PIBG Semsas.
Keunikan
- Ianya dimanfaatkan sepenuhnya – sebagai sebuah Sekolah Berasrama Penuh, semua pelajar SEMSAS yang beragama Islam akan berjemaah di surau setiap waktu sembahyang
- Projek ini dibawah kelolaan Bekas Pelajar Semsas sepenuhnya – dari peringkat rekabentuk sehingga siap pembinaan nya.
- Untuk makluman, arkitek yang bertanggungjawab bagi projek ini ialah sdr Tn Haji Wan Ahmad Kamal Exsas 79, Jurutera Awam dan Struktur Sdr Tn Haji Zailan Sudin Exsas 80, Jurutera Mekanikal Yg Bhg Dato’ Ir Imran Exsas 78 dan Perunding Kontrak dan Ukur Bahan Sdr Rizudin dan Sdr Wan Roslan Exsas 88.
- Kejayaan projek ini adalah penting kerana ianya akan membuktikan kecemerlangan dan kualiti pelajar yang dihasilkan oleh SEMSAS
- Usaha mengumpulkan kewangan bagi Tabung ini dijalankan bersama Pihak pengurusan Semsas, PIBG Semsas dan Bekas pelajar Semsas melalui satu jawatankuasa yang ditubuhkan oleh PIBG Semsas.