20 Julai 2012- Jasa Winds telah mengharumkan nama SEMSAS diperingkat antarabangsa setelah menyertai 3rd Singapore International Band Festival 2012 yang telah diadakan di Republic Polytechnic Woodlands Singapore dari 17- 23 Julai 2012. Jasa Winds telah diberi peluang untuk mengadakan rehearsal di National Institute of Education (NIE) Nanyang Technological University Singapore pada 18 Julai 2012.
Kami juga berkesempatan untuk melawat sekitar Marina Bay pada petang hari yang sama. Jasa Winds telah mempersembahkan lagu bertajuk ‘ Pilatus Mountain of Dragons’ oleh Steve Reneike pada jam 10.40 pagi pada 19 Julai 2012 di The Republic Cultural Centre Theatre. Setelah itu, kami telah pergi ke Sentosa Island sebelum berangkat balik ke Johor Bharu.