SEMSAS Kuantan, 14 Julai 2012 – Nurul Huda bt Khairu Nasir telah memenangi pingat perak dalam acara 25 meter sport pistol berpasukan wanita di kejohanan Sukan Malaysia (SUKMA) yang berlangsung di Kuantan, Pahang. Pasukan ini terdiri daripada empat orang peserta dan beliau merupakan perserta termuda dan berjaya memungut mata tertinggi iatu 557 diikuti Siti Nur Hana bt Hazmi (547) dan Nur Ain Umairah bt Nawawi (539) dan seorang lagi peserta SEMSAS iaitu Norhidayu bt Rohan sebagai simpanan.