Berita

Majlis Pelancaran My Success Journal dan  Ikrar Aku Janji Murid Tingkatan 4 & 5

Majlis Pelancaran My Success Journal dan  Ikrar Aku Janji Murid Tingkatan 4 & 5
telah berlangsung  dengan jayanya pada 26 Mei 2023 (Jumaat)  bertempat di Dewan Al- Khawarizmi, Semsas.
Majlis ini dirasmikan oleh Puan Roslina binti Abd Aziz, Timbalan Pengarah Sektor Pembangunan Murid dan Kepimpinan, Bahagian Pengurusan Sekolah Berasrama Penuh, Kementerian Pendidikan Malaysia.

Puan Roslina binti Abd Aziz atau lebih mesra dengan panggilan ‘ibu’ pernah berkhidmat di Semsas pada tahun 2010 sehingga 2018. Antara amanat beliau adalah memastikan anak-anak Semsas terus melakar kecemerlangan dan ungkapan keramat Hidup Berjasa juga masih meniti di bibir beliau. Moga dengan kehadiran beliau ini dapat menyuntik semangat dalam diri semua murid Semsas terutamanya murid tingkatan 5 yang bakal menduduki SPM tidak lama lagi. 

Dalam masa yang sama, Bengkel Antipornografi juga telah berlangsung di Semsas Pada 26 Mei 2023 yang mana sasaran program ini adalah untuk murid tingkatan 1 sehingga tingkatan 3.

Semua murid tingkatan 1 dan tingkatan 2 berkumpul di Surau Ar- Rasyiddin, Semsas untuk menghadiri bengkel yang dikendalikan oleh En. Mohd Amirul Azwar bin Mohd Anuar , pegawai dari Pejabat LPPKN Negeri Pahang. 

Murid lelaki tingkatan 3 pula berbengkel bersama dengan Dr. Muhammad Ashraf (Pensyarah UIAM) di Perpustakaan Semsas manakala semua murid tingkatan 3 perempuan bersama dengan Dr. Bisha (Penaung Malaysia Against Pornography Cawangan Pahang) di Bilik Gerakan Semsas. Semoga bengkel ini memberi 1001 input berguna untuk semua murid menengah rendah di Semsas.

klik di sini untuk gambar sekitar majlis

Alamat Sekolah

SM Sains Sultan Haji Ahmad Shah (SEMSAS)
KM12, Jalan Gambang
25150 Kuantan, Pahang Darul Makmur

  • dummy+609 538 1223

  • dummy+609 538 4407

  • dummy info@semsas.edu.my

Jumlah Pengunjung

000934349
Malaysia 70% Malaysia
United States 22% United States
South Korea 2% South Korea

Total:

38

Countries

Search