Pasukan Hoki Semsas yang di dalam persiapan ke Kejohanan Hoki SBP Zon Timur 2014 telah mengadakan latihan mereka di Stadium Hoki SUKPA pada hari ini. Mereka turut bantu oleh Cikgu Nasir yang juga merupakan Pengurus Pasukan Semsas.
Kejohanan edisi kali ke sembilan ini akan bermula pada 20 Februari 2014 dengan 17 buah Sekolah Berasrama Penuh dari 3 buah negeri mengambil bahagian iaitu Kelantan, Terengganu dan juga Pahang.