Pada 21 April 2019 seramai 20 orang Anggota Kumpulan Pelaksana (AKP) SEMSAS telah mengadakan lawatan penandaarasan di SM Sains Pasir Puteh (SMSPP) bagi meningkatkan kecekapan perkhidmatan dan juga sebahagian dari latihan dalam perkhidmatan (LADAP). Rombongan kami ini di ketuai oleh Puan Pengetua Hajah Noridah binti Haji Ramlan.
Kami bertolak dari SEMSAS pada 7.00 pagi 20 April 2019 (Sabtu) dan tiba di Hotel Al-ansar, Kota Bharu pada pukul 2.00 petang sebelum ke SMSPP pada keesokan harinya.
Semasa berada Di SMSPP kami telah diberikan taklimat di bilik mesyuarat oleh Pengetua SM Sains Pasir Puteh iaitu Puan Roslina binti Abdul Aziz yang juga merupakan mantan Penolong Kanan HEM SEMSAS pada tahun 2010 hingga 2013 dan juga Mantan Penolong Kanan Pentadbiran SEMSAS dari 2013 hingga 2016. Setelah taklimat tersebut rombongan kami di bawa untuk melawat ke beberapa lokasi mengikut bidang tugas AKP tersebut.
Pihak sekolah mengucapkan jutaan terima kasih kepada Barisan Pentadbir dan juga Anggota Kumpulan Pelaksana SM Sains Pasir Puteh yang sudi menerima lawatan dari SEMSAS dan layanan istimewa yang diberikan kepada kami.
Kami juga berbesar hati untuk menerima kunjungan dari SM Sains Pasir Puteh ke SEMSAS kelak.