Majlis Dialog Akademik Peperiksaan Akhir Tahun untuk Tingkatan 1, 2 dan 4 telah diadakan pada 22 hb November 2019 (Jumaat) bermula jam 8.30 - 12.00 tengah hari iaitu pada hari akhir persekolahan pada tahun ini. Pelajar-Pelajar yang cemerlang dalam peperiksaan tersebut turut menerima Sijil Penghargaan bagi Anugerah Pengetua yang telah disampaikan oleh Puan Hajah Noridah bt Haji Ramlan, Pengetua SEMSAS. Semoga majlis tersebut mampu mengeratkan lagi hubungan antara ibu bapa dan pihak sekolah seterusnya melonjakkan prestasi akademik untuk tahun akan datang.