Berita dan foto oleh : Cikgu Syed Ali Maher
SEMSAS, 8 Januari 2014 - Alhamdulillah, seramai 96 orang daripada 122 orang pelajar baru Tingkatan 1 yang ditawarkan tempat di Semsas telah mendaftar pada hari ini.
Bagi yang masih belum mendaftar, pihak sekolah memberikan tempoh selama satu minggu untuk mereka mengesahkan tempat di Semsas dan selepas tempoh tersebut tamat, pelajar berkenaan dianggap menolak kecuali jika mereka ada menghubungi pihak sekolah dengan menyatakan sebab-sebab kelewatan.
Dimaklumkan juga bahawa salah seorang pelajar dari Kelantan tidak dapat mendaftar pada hari ini selepas kereta yang dinaiki bersama keluarga didalam perjalanan ke Semsas terlibat dengan kemalangan di Gebeng.
Daripada sumber juga memaklumkan yang Pelajar tersebut telah mengalami patah kaki manakala salah seorang daripada penjaganya cedera parah. Sama-samalah kita mendoakan agar mereka selamat dah dilindungi Allah.