Pasukan Bola Keranjang Perempuan SEMSAS telah mencipta sejarah tersendiri dengan menjuarai Piala Toh Puan Datin Hjh. Siti Zainab di HKSBP ke 40, 2013 dengan menewaskan wakil Sarawak iaitu Sekolah Sains Kuching dengan jaringan 53 - 41.
Pasukan Semsas turun berbekalkan semangat untuk mencipta sejarah dan menjadi juara disamping misi membalas dendam terhadap kekalahan mereka diperingkat awal pada pasukan yang sama.
Perlawanan nampak seimbang pada awalnya, namun Semsas berjaya mencuri perhatian dengan larian-larian yang pantas disamping menambah jaringan sehingga memaksa pihak lawan melakukan kesalahan demi kesalahan.
Strategi Jurulatih Semsas, Cikgu Hamdany disamping bantuan daripada Cikgu Rohidah dan Cikgu Salasun telah menampakkan hasil disamping tip dan sokongan semangat yang padu daripada pasukan Lelaki Semsas.
Tidak ketinggalan juga sokongan dari warga EXSAS dari berbagai 'batch', hadir bagi memberikan sokongan yang tidak berbelah bagi.
Akhirnya, Semsas berjaya mengekang pemain-pemain lawan dari menambah jaringan dan seterusnya memastikan kejuaraan milik kita.
Tunggu video & foto perlawanan dimuatnaik nanti ....