Pasukan Bola Keranjang SEMSAS ( Lelaki dan Perempuan ) telah berjaya menempatkan diri ke perlawanan separuh akhir HKSBP Zon Timur 2013 yang berlangsung sekarang.
Pasukan Lelaki telah menewaskan INSTAR dengan mata 55 - 18 manakala pasukan Perempuan pula telah mengalahkan SMSPP dengan jaringan 46 berbalas 12.
Perlawanan Separuh Akhir akan berlangsung pada petang ini (9 Mac 2013) di Komplek Sukan SUKPA.