Kuantan, 1 Jun 2012 – Pasukan Bola Keranjang Perempuan telah berjaya mendapat tempat ke tiga HKSBP kebangsaan yang berlangsung pada 25 hingga 29 Mei 2012 di STAR, Ipoh. Pasukan dibawah bimbingan jurulatih Encik Ahmad Hamdany bin Ahmad Halimy telah berjaya mengatasi SBPI Selandar dan SAINSKu dalam pusingan awal. Dalam pusingan kedua SEMSAS telah mengalahkan STF dengan mata 48 – 27 seterusnya berentap dengan SMAP Labu di peringkat suku dan kalah tipis setengah jaringan 33 – 34.
Dalam Perlawanan separuh akhir SEMSAS telah bertemu penyandang Juara SSP Cyberjaya dan nasib sekali lagi tidak menyebelahi SEMSAS apabila tewas dengan perbezaan setengah jaringan iaitu 35 – 36. Jangan berputus asa, cuba lagi dan teruskan perjuangan.